After Win...

Alhamdulillah...kemenangan menghampiri...
meski bukan aq yg meraihnya..namun sedikit sebnyak ... aq turut merasa bangga...
haha...
agak menjengkelkan apabila aku melihat ketinggian piala yang diperoleh adek aku... arkk!!
bagai terpanah dan terjaga dari mengantuk yang berpanjangan...
keqa boleh tahan jugak laa...geng bahas tahun nie..

haaaaa9... pabila kumula menghitung hari... alahai dah nak masuk bulan 4 dah...
dan keputusan untuk kemasukan Universiti mungkin xlama lagi akan dapat diketahui oleh pelajar-pelajar pasca-spm dan STAM...
begitu jugak dengan tawaran oleh agensi yang akan membawa pelajar-pelajar ke luar negara such as Egypt Jordan, and many more... haaaa
maka pengangguran ini akan terhenti dan perjuangan akan tetap diteruskan untuk langkah yang seterusnya...
hidup bukan setakat terhenti apabila para pelajar sudah habes SPM dan STAM...STPM (besalah ni keqa statusku sebagai pelajar lepasan STAM).. jadi +lah ilmu meski hingga ke negeri China...
pernah suatu ketika , aku bertanya kepada seorang sahabat yang lebih muda umurnya setahun di sekolah menengahku...

"penah dak...kita mahu rasakan kecintaan terhadap ilmu..- sebab apa yang kurasakan waktu ketika ini tujuanku menuntut ilmu adalah kerana perolehan sijil yang sekian, sekian, sekian,..." ....................................ada jugak para Ustaz yang mengajar STAM... "Allahhhhh (percakapannya yg agak panjang) hampa semua la nie keqa sijil jaa... xjumpa dah ilmu sebenar.................................................. nuuu kalau nak ilmu yang betui pi laaa belajaq dengan ulama'2 nanti kat U nanti"

kemudian..
pertanyaanku ini umpama bertanyakan kepada sang angin yang bertiup yang kalanya laju bagai taufan dan kalanya hanya bagai hembusan-hembusan yang melegakan kepanasan terik mentari...

si dia hanya mampu membalas pertanyaanku ini dengan senyuman.... yang agak panjang  =D 

dan sepanjang aku berkampung di rumah sewa Nahdzah pada 5hb Mac lalu... si dia mula mengimbau kembali pertanyaan tersebut...

"saya ingat lagi dulu kak sanah duk tanya saya macm mana nak wujudkan perasaan cintakan ilmu..."

naaaaa- aq bagai terpanah dengan satu kejutan yang sudah lama aku tinggalkan...

besalah peralihan waktu yang kadang-kadang melalaikan hatiku yang alpa dengan dunia ini....
kemudian aku mula bermuhasabah diri pada setiap kali waktu aq menyiapkan teks syarahan yang akan kuberikan kepada anak-anak didik sekolahku yang meneruskan perjuanganku sebagai pemidato sekolah...
hihi.. menyampaikan walau sedikit itu memang baik...dan dituntut... "بلغوا عنى ولو أية"
kucuba praktikkan ilmu tersebut selagi nyawa dikandung badan... +pula dengan ayat-ayat suci yang kita perlu menjaga agar tidak diselewengkan ...

biarlah tinta bicaraku dalam setiap bait perkataan dalam teks syarahan tersebut menjadi didikan buatku dan buat mereka yang memperjuangkan perjuangan ini.... xlupa juga untuk para pendengar yang lain
moga kita sama-sama beroleh kebaikan dengan amalan yang dilakukan meski cuma sedikit...

memerah otak sekarang tidak mengapa...mungkin sebagai latihan untukku yang bakal menginjak ke alam yang lebih dewasa dan mematangkan pemikiran otakku yang ternyata masih setahun jagung...

p/s: Tahniah buat semua adik2 batch96 untuk perjuanganmu sepanjang pengajian mencari Reda Allah dan Ilmu-Nya yang luas...
Doakan yang terbaik untuk di masa Hadapan...

Ulasan