#ustazWahidIQDAR

Persatuan Mahasiswa Tahfiz (PERMATA),
Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR).
Yayasan Islam Negari Kedah, Jalan Sultanah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.                                                                                        

Yang Berbahagia,
Tuan Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim,
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam,
Jabatan Agama Islam,
Negeri Kedah Darul Aman.                                                                             11 November 2015.

Assalamualaikum w.b.t,
Tuan,

KURSUS PERKAHWINAN BERSIJIL KEPADA MAHASISWA/I INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH.

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.



2. Adalah dimaklumkan bahawa mahasiswi-mahasiswi Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) ingin mengadakan kursus tersebut. Butir-butiran adalah seperti berikut:

Tarikh              : 27 dan 28hb November 2015.
Tempat             : Dewan Institut Al-Quran Darul Aman.
Jumlah Peserta : 67 orang mahasiswi.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik daripada pihak tuan untuk menerima dan meluluskan permohon ini.

4. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,


…………………………………..
(Nurien Farhana Binti Che Azhar)
Biro Dakwah & Disiplin,
Persatuan Mahasiswa Tahfiz (PERMATA),

Institut Al-Quran Darul Aman.

Ulasan